Razer, jenama peranti dan aksesori gaming terkemuka hari ini telah memperkenalkan sebuah kerangka peranti pintar yang dinamakan Razer Arctech Pro untuk peranti Samsung Galaxy Note 20 dan Samsung Galaxy Note 20 Ultra.
Rekaan kerangka Arctech Pro ini berwarna hitam dengan cerakan hijau neon yang sudah sebati dengan jenama Razer sebelum ini. Melalui laman web Razer, mereka mengatakan bahawa rangka Arctech Pro ini bukan sahaja kalis calar, tetapi juga mampu melindungi peranti anda daripada kerosakan akibat kejatuhan secara tidak sengaja.
Bukan itu sahaja, bahagian dalam rangka Arctech Pro ini ditebatkan oleh ciri teknologi penyejuk Thermapene. Ia mampu mengalirkan haba daripada bahagian belakang peranti yang kemudiannya akan keluar dari bahagian belakang rangka Arctech Pro ini.
Armor up with the Razer Arctech Pro, featuring unique heat-dissipating Thermaphene™ Cooling Technology, now for your Samsung Galaxy Note20 or Note20 Ultra. Sign up now to be notified when we’re shipping. https://t.co/a8BhY5SVCR. pic.twitter.com/vWpE4KW4NF
— R Λ Z Ξ R (@Razer) August 5, 2020
Pada tahun lalu, Razer telah memperkenalkan kerangka Razer Arctech sebelum ini untuk peranti iPhone dan juga Razer Phone.
Razer masih belum mengumumkan bilakah rangka ini akan tiba untuk pasaran antarabangsa. Walaupun begitu, tanda harganya telahpun ditetapkan pada $44.99 (~RM188).