Samsung Galaxy Buds Live Berharga RM699 Di Malaysia – Fon Telinga Nirwayar Dengan Rekaan Seumpama Kekacang

Samsung Galaxy Buds Live Berharga RM699 Di Malaysia – Fon Telinga Nirwayar Dengan Rekaan Seumpama Kekacang

Diterbitkan pada Ogos 6, 2020 oleh .

Samsung hari ini telah memperkenalkan beberapa aksesori untuk melengkapkan penawaran Galaxy Note 20. Salah satu aksesori yang turut diperkenalkan adalah aksesori audio, iaitu fon telinga nirwayar dinamakan Galaxy Buds Live.

Samsung Galaxy Buds Live hadir dengan rekaan seumpama kekacang, dan hadir dengan sokongan sistem pembatalan hingar aktif.

Fon telinga ini hadir dengan binaan tiga mikrofon untuk memudahkan anda membuat panggilan telefon dengan jelas. Galaxy Buds Live hadir dengan bateri bertahan sehingga 6 jam untuk sekali pengecasan, dan boleh bertahan sehingga 21 jam dengan bantuan pod pengecasan.

Menariknya, selain penggunaan kabel untuk mengecas, Galaxy Buds Live turut menyokong pengecasan secara nirwayar.

Di Malaysia, Samsung Galaxy Buds Live disenaraikan pada harga RM699.



TIPS & ULASAN