Cari @ Amanz

Peranti Google yang diumumkan pada tahun lepas, iaitu Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL nampaknya telah dihentikan pengeluarannya oleh syarikat tersebut.

Secara kebiasaannya, Google akan sekurang-kurangnya membiarkan peranti Pixel sebelum ini terus dijual selama lebih kurang 18 bulan daripada tarikh pelancaran. Kali ini, siri Pixel 4 tersebut telah dihentikan pengeluarannya hanya 6 bulan sejak ia dilancarkan.

Pihak The Verge telah mengesahkan bahawa siri Pixel 4 sudahpun habis menjual peranti Pixel 4 dan Pixel 4 XL melalui Google Store, dan jika orang ramai ingin membelinya, mereka boleh mendapatkannya melalui penjual lain, selagi stok masih ada.

Pada awal bulan lepas, Google telah menghentikan penjualan peranti Pixel 3a untuk memberi laluan kepada peranti Pixel 4a.

Dengan pelancaran peranti Google Pixel 4a dan juga Pixel 5 dan Pixel 4a 5G yang akan diumumkan kelak, Google nampaknya ingin memastikan mereka yang ingin membeli peranti Pixel terus membeli peranti-peranti terkini yang akan dilancarkan oleh Google.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd