Cari @ Amanz

Selepas permainan Fortnite, kini giliran permainan PUBG pula. Di mana, OnePlus telah mengumumkan bahawa para pengguna peranti OnePlus boleh menikmati permainan popular ini pada kadar 90Hz.

PUBG

Menurut OnePlus , penawaran ini terhad kepada pengguna OnePlus 7 Pro, OnePlus 7T dan OnePlus 8 – yang mana menyokong skrin dengan kadar semula tinggi 90Hz dan ke atas. Penawaran ini juga tersedia secara eksklusif untuk semua pengguna di seluruh negara kecuali China, Jepun dan Korea.

Namun begitu, ia agak mengejutkan apabila peranti OnePlus terkini iaitu OnePlus Nord tidak tersenarai, sedangkan ia juga menyokong paparan 90Hz. Sekadar selingan, OnePlus Nord telah dilancarkan sebelum ini dengan sokongan Snapdragon 765G dan harga mampu milik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd