Canalys : Vivo Kini Pengeluar Telefon Nombor Satu Di Malaysia, Huawei Kembali Dalam Senarai Lima Teratas, Realme Hilang

Canalys : Vivo Kini Pengeluar Telefon Nombor Satu Di Malaysia, Huawei Kembali Dalam Senarai Lima Teratas, Realme Hilang

Diterbitkan pada Ogos 7, 2020 oleh .

Canalys merupakan salah satu syarikat telefon pintar yang semakin popular dari hari ke hari, bertambah lagi dengan pelbagai pembaharuan dan ciri baru yang ditawarkan mereka. Terbaru, menurut data dariapda Canalys, ia memperlihatkan Vivo menduduki tangga pertama jenama telefon pintar paling popular pada suku kedua 2020 yang lepas.

Canalys Malaysia

Mengikut data Canalys, ia memperlihatkan Vivo mempunyai pegangan pasaran sebanyak 21% di Malaysia, diikuti dengan Oppo sebanyak 18%. Samsung pula dilihat menduduki tangga ketiga dengan pegangan sebanyak 16%. Ia seterusnya diikuti dengan Huawei dan Xiaomi.

Jikalau dibandingkan, pada suku pertama 2020 yang lepas, Samsung menduduki tangga pertama, dengan diikuti oleh Vivo, Oppo, Realme dan Xiaomi.

Mengikut data terbaru Canalys, ia dilihat Samsung turun dua anak tangga, sementara Huawei kembali semula, dan Realme hilang daripada kedudukan lima teratas.



Paling Popular