TikTok Akan Mengambil Tindakan Mahkamah Ke Atas Kerajaan Amerika Syarikat

TikTok Akan Mengambil Tindakan Mahkamah Ke Atas Kerajaan Amerika Syarikat

Diterbitkan pada Ogos 7, 2020 oleh .

Pagi ini Presiden Donald Trump mengeluarkan arahan eksekutif yang menghalang syarikat dari A.S dari berurusan dengan Bytedance dan Tencent dalam masa 45 hari. Ini sekaligus akan menyebabkan aplikasi popular TikTok dan WeChat dihalang dari beroperasi di negara tersebut. TikTok sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai arahan ini.

Mereka akan mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan Amerika Syarikat yang dilihat tidak menggunakan saluran perundangan yang betul sebelum mengharamkan operasi mereka.

TikTokPentadbiran Trump turut dikatakan enggan mendengar fakta sebelum mengeluarkan kenyataan tetapi bergantung kepada laporan tidak bersumber dan tidak berasas. TikTok turut berkata selama ini mereka tidak berkongsi data dan tidak pernah membuang kandungan atas arahan kerajaan China.

TikTok kini dilaporkan dalam proses diambil alih perniagaan globalnya oleh Microsoft. Perbincangan perlu diselesaikan sebelum 15 September yang merupakan tarikh akhir yang diberikan oleh Presiden Trump. Sekiranya gagal TikTok dan WeChat akan dihalang beroperasi bermula 20 September.



TIPS & ULASAN