Huawei Akan Menghentikan Penggunaan Cip Hisilicon Kirin Selepas Mate 40

Huawei Akan Menghentikan Penggunaan Cip Hisilicon Kirin Selepas Mate 40

Diterbitkan pada Ogos 8, 2020 oleh .

Menerusi cip HiSilicon Kirin, Huawei berjaya mengurangkan pergantungan kepada pemproses keluaran pihak ketiga disamping mempunyai kawalan yang lebih dalam rekaan. Tetapi selepas 15 September ini Huawei akan menghentikan pengeluaran cip Kirin pada peranti keluaran mereka.

Richard Yu yang merupakan ketua pengarah eksekutif perniagaan peranti mudah alih Huawei berkata selepas tarikh tersebut syarikat beliau tidak lagi mempunyai stok cip yang mencukupi. Oleh itu cip Kirin 1000 yang telahpun dihasilkan akan digunakan pada peranti Huawei Mate 40 sahaja.

Kirin 980Bagi yang tidak mengikuti berita, Huawei dihalang dari memesan cip yang menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat. HiSilicon menggunakan perkhidmatan TSMC untuk mengilangkan cip mereka. Halangan perdagangan dari A.S bukan sahaja merencatkan penggunaan GMS pada peranti Android Huawei tetapi kini mendatangkan impak besar kepada perkakasan mereka pula.

Terdapat ura-ura Huawei mungkin berpindah kepada cip Snapdragon dan MediaTek selepas ini bagi menggantikan cip Kirin yang kini tidak lagi boleh dihasilkan.



TIPS & ULASAN