TSMC Menghentikan Pengeluaran Cip Untuk Huawei Bermula September

TSMC Menghentikan Pengeluaran Cip Untuk Huawei Bermula September

Diterbitkan pada July 19, 2020 oleh .

Pihak TSMC telahpun mengesahkan mereka akan menghentikan pengeluaran cip baharu untuk Huawei bermula 14 September hadapan. Pengambilan pesanan dari Huawei juga telah dihentikan sejak 15 Mei bagi memenuhi arahan yang diberikan oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat,

Halangan baharu Jabatan Perdagangan A.S sekaligus menutup lohong gelung yang membenarkan Huawei menggunakan cip yang dihasilkan menerusi teknologi milik A.S menerusi pengeluar global. Selepas lebih setahun dihalang dari mengakses perisian yang dibangunkan syarikat dari A.S, akses kepada perkakasan khususnya cip pula dikenakan.

A.S berkata halangan teknologi diambil kerana Huawei melakukan intipan bagi pihak kerajaan China. Huawei pula berkata tiada bukti telah dikemukakan dan mereka sekadar menjadi mangsa perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat.

Selain halangan cip serta perisian, A.S telah berjaya memaksa sekutu terdekat mereka untuk tidak menggunakan kelengkapan Huawei untuk infrastruktur 5G mereka. Britain akhirnya akur dan memerintahkan kesemua kelengkapan Huawei digantikan menjelang 2027 walaupun pada asalnya membenarkan penggunaan pada kelengkapan luar rangkaian tunjang.



Paling Popular