Cari @ Amanz

Sekatan ke atas Huawei oleh Amerika Syarikat dilihat oleh ramai sebagai taktik mereka untuk memaksa China menandatangani perjanjian perdagangan baharu yang dilihat lebih seimbang. Namun begitu A.S berkali-kali berkata sebab ia dilakukan adalah atas faktor keselamatan dan kerana Huawei didakwa mencuri teknologi.

Wall Street Journal hari ini menerbitkan petikan dari buku John Bolton yang merupakan mantan penasihat keselamatan negara A.S pentadbiran Presiden Trump. Menurut beliau tahun lalu presiden Trump menawarkan untuk menarik kesemua dakwaan ke atas Huawei sekiranya China bersetuju menandatangani perjanjian perdagangan baharu. Penerbitan buku ini cuba dihalang oleh Trump menggunakan alasan mengandungi maklumat sulit negara.

Amerika SyarikatPerang perdagangan di antara China dan A.S sudah berlarutan selama beberapa tahun. A.S ingin meningkatkan tarif importĀ  ke atas produk China sehingga 25% tetapi Beijing ingin ia dikekalkan ke 10%, Dalam petikan buku yang sama Bolton mendakwa hukuman yang dikenakan ke atas ZTE pada tahun 2018 dikurangkan oleh Trump sebagai langkah untuk melembutkan hati Xi Jinping untuk menerima tawaran A.S.

Sehingga kini perang perdagangan antara dua ekonomi terbesar dunia ini masih belum menunjukkan akan berakhir dalam masa terdekat. A.S terus mengenakan sekatan ke atas kelengkapan telekomunikasi Huawei dan berjaya meyakinkan sekutu mereka untuk melakukan perkara sama seperti yang dilihat di Jepun dan United Kingdom.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd