Carian
Realme C11 Dengan Variasi 3GB RAM Dan 32GB Storan Akan Ditawarkan Bermula 15 Ogos Pada Harga RM479
August 10, 2020 Aman

Realme Malaysia hari ini telah mengumumkan variasi baru untuk telefon pintar Realme C11 – yang mana hadir dengan memori dan storan lebih besar berbanding versi awal. Variasi baru ini hadir dengan 3GB RAM dan 32GB storan, dan akan ditawarkan pada harga RM479.

Realme C11

Realme C11 hadir dengan skrin 6.5-inci HD+, dijana cip Helio G35, kamera utama 13MP + 2MP (potret) dan kamera swafoto 5-megapixel. Ia turut menggunakan Android 10 dengan antarammuka Realme UI, serta bateri bateri 5000mAh.

Bagi anda yang inginkan model dengan 3GB RAM dan 32GB storan ini, ia ditawarkan pada harga RM479 – membawakan perbezaan harga RM50 berbanding model asal.

Sebagai perbandingan, anda turut boleh mendapatkan model Realme C3 pada harga RM499 yang menawarkan cip pemprosesan Helio G70 bersama dengannya.

Komen