iPhone 12 Dilaporkan Akan Akhirnya Menyokong Sistem GPS Beidou

iPhone 12 Dilaporkan Akan Akhirnya Menyokong Sistem GPS Beidou

Diterbitkan pada Ogos 10, 2020 oleh .

Terdapat beberapa sistem navigasi berasaskan satelit seperti GPS dan GLONASS. China menjadi sebuah lagi negara dengan sistem GPS tersendiri minggu lalu apabila sistem Beidou-3 akhirnya beroperasi sepenuhnya. Menurut laporan IT Home, iPhone 12 akan menjadi peranti Apple pertama yang menyokong Beidou-3.

Pengumuman dilakukan oleh Ran Chengqi yang merupakan pengurus sistem Beiudou-3 di dalam sebuah temuramah minggu lalu. Beidou-3 kini boleh digunakan di lebih 100 negara seluruh dunia. Ia mempunyai kelebihan ketepatan lokasi yang lebih tepat dan pantas berbanding sistem GPS yang digunakan sebelum ini. Kesemua ini mampu dilakukan kerana Beidou-3 mempunyai jumlah satelit yang lebih banyak di angkasa.



TIPS & ULASAN