IQOO 5 Edisi BMW Juga Mungkin Akan Dilancarkan

IQOO 5 Edisi BMW Juga Mungkin Akan Dilancarkan

Diterbitkan pada Ogos 11, 2020 oleh .

Dalam usaha menarik minat ramai pengguna, kita dapat lihat para pengeluar peranti pintar giat bekerjasama dengan sejumlah jenama automotif besar dalam industri untuk menghasilkan produk edisi khas.

Contohnya, kita ada OnePlus dengan edisi McLaren dan Oppo dengan edisi Lamborghini. iQOO juga dijangka melakukan perkara yang sama selepas tertiris sebuah poster memperlihatkan jenama ini seakan mengacah kehadiran iQOO 5 dalam edisi BWM. Pelbagai andaian dan spekulasi mula timbul berhubung pendedahan ini.

Difahamkan, iQOO secara rasminya telah menjadi rakan global BMW M Motorsport untuk kejuaraan Deutsche Tourenwagen Masters (DTM) 2020. Dengan tertirisnya poster ini, ramai menjangkakan jenama ini mempunyai kejutan istimewa pada acara pelancaran siri iQOO 5 kelak dengan melancarkan iQOO 5 edisi terhad BMW pada acara berkenaan.

Benar atau tidak? Segalanya akan terjawab pada 17 Ogos ini. Imbas kembali, siri iQOO 5 dipercayai hadir dengan pengecasan pantas 120W yang menjanjikan keupayaan mengecas penuh dalam hanya 15 minit sahaja.



Paling Popular