Cari @ Amanz

Pada hari ini, terdapat beberapa jenama terkemuka peranti dunia yang menghasilkan cip pemprosesan tersendiri – termasuk Apple, Samsung dan Huawei. Malah, Oppo turut telah mula melihat ke arena sama. Salah satu pengeluar yang turut tidak ketinggalan adalah Xiaomi.

Xiaomi sebelum ini telah memperkenalkan cip pemprosesan mereka tersendiri dinamakan Surge S1 pada 2017 yang lepas. Namun, tiada sebarang kemaskini atau pembangunan lanjut berkenaan dengannya dikongsikan sejak ia dilancarkan. Surge S1 telah digunakan pada telefon Xiaomi Mi 5C – namun tidak dipasarkan secara meluas.

Xiaomi Mi 5C

Bercakap mengenainya, Xiaomi masih ingin meneruskan usaha pembangunan dan rekabentuk cip pemprosesan mereka tersendiri untuk telefon pintar. CEO Xiaomi mengatakan perancangan merekabetuk cip mmasih diteruskan, dan mereka akan berkongsi lanjut sekiranya terdapat sebarang pembangunan baru.

Sebelum ini, rakan senegara Xiaomi, Huawei telah dilaporkan menangguhkan usaha untuk penghasilan cip pemprosesan baru disebabkan oleh halangan dagangan yang dilakukan oleh pihak Amerika Syarikat terhadap pengeluar dari China berkenaan. Dengan halangan perdagangan yang dipertingkatkan melibatkan pelbagai syarikat lain dari hari ke hari, kini pengeluar China telah mula melihat kepada beberapa alternatif, apatah lagi dengan negara China sendiri memberikan insentif cukai untuk syarikat semikonduktor di China.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd