Cari @ Amanz

Facebook kini telah menubuhkan sebuah bahagian khusus dipanggil F2 (Facebook Financial). Bahagian ini akan memantau, menguruskan dan membangunkan semua usaha berkaitan inisiatif berasaskan pembayaran, seperti Facebook Pay.

Facebook Financial ini diterajui oleh David Marcus, yang turut membangunkan projek kriptowang Libra dibawah Facebook sebelum ini – yang telah dijenamakan kepada Libra.

Dengan fokus terhadap pembayaran sepenuhnya dibawah satu bahagian, ia akan memudahkan lagi proses pembangunan dan integrasi antara pelbagai aplikasi yang dimiliki Facebook.

Sebelum ini, Facebook telah memberikan petanda yang mana Facebook Pay akan diintegrasikan pada Instagram, dan WhatsApp, selain aplikasi Facebook itu sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd