Carian
Mi TV LUX OLED Transparent Edition Dilancarkan – Televisyen Pintar Dengan Skrin Lutsinar
August 12, 2020 Fahim Zahar

Xiaomi Mi TV Master Series, adalah siri TV baharu Xiaomi yang memfokuskan barisan televisyen premium, mewah, unik, dan harga yang masih murah berbanding pesaing. Mereka sudah pun lancarkan televisyen dalam siri yang sama sebelum ini. Mengembangkan lagi barisan produk ini, mereka memperkenalkan Mi TV LUX OLED Transparent Edition.

Ia adalah televisyen dengan skrin OLED 55-inci, dengan panel lutsinar. Panel skrin televisyen ini mempunyai ketebalan 5.7mm, yang mana adalah amat nipis. Jelas di sini, Xiaomi ingin bersaing dengan LG Transparent OLED Signage 55EW5F-A – yang berharga sekitar lebih RM107,000.

Resolusi skrin ini walau bagaimanapun hanyalah FHD sahaja, tetapi format warna yang digunakan adalah 10-bit. Ia menyokong gamut warna DCI-P3 sehingga 93%, 120Hz, 120000:1 nisbah kontras statik, warna hitam yang gelap, kontras dinamik infiniti dan menggunakan teknologi  MEMC.

Sistem audio adalah Dolby Atmos dan turut menyokong paparan Always-On Display. Ia menjalankan sistem operasi MIUI for TV 3.0 dan dijana dengan cip buatan khas MediaTek 9650 dengan 20 algoritma pengoptimasian. Harga jualan pula adalah RMB49,999, iaitu sekitar RM30,200.

Komen