Carian
Google Dan Qualcomm Melabur Pada HMD Global – Pengeluar Peranti Nokia
August 12, 2020 Effi Saharudin

HMD Global pagi ini mengumumkan kejayaan mengumpul pembiayaan bernilai $230 juta (~RM966 juta) dari beberapa rakan strategik global. Antara yang melabur ialah Google, Qualcomm, Nokia Technologies dan syarikat keempat dari Finland yang tidak diumumkan. Menerusi pembiayaan yang diterima HMD Global akan menumpukan perhatian kepada penghasilan lebih banyak peranti 5G dalam masa terdekat.

Selain itu tumpuan turut akan diberikan kepada pemasaran peranti menggunakan lesen Nokia di Brazil, India, dan sebahagian benua Afrika. Pemindahan strategi pemasaran yang mementingkan platform digital terlebih dahulu turut akan dilakukan selari dengan dunia yang kini masih bertarung dengan wabak Covid-19.

Sejak peranti berjenama Nokia kembali ke pasaran pada tahun 2016 menerusi pelesenan oleh HMD Global, ia kini berjaya menjual 240 juta telefon pintar di 81 pasaran seluruh dunia.

Komen