Motorola Mengacah Pelancaran Produk Baru Pada 9 September Ini

Motorola Mengacah Pelancaran Produk Baru Pada 9 September Ini

Diterbitkan pada Ogos 13, 2020 oleh .

Motorola sebelum ini berjaya mencuri perhatian ramai selepas ‘menghidupkan’ kembali peranti lagenda mereka, Motorola Razr dengan inovasi baharu. Terkini, jenama ini sekali lagi menjadi bualan ramai selepas tersebarnya sebuah poster acah yang memperlihatkan mereka dalam perancangan memperkenalkan satu lagi produk baharu.

Acara pelancaran ini dijadualkan berlangsung pada 9 September kelak. Namun, poster berkenaan tidak pula memberi sebarang gambar berkaitan produk yang akan dilancarkan. Justeru, ramai membuat andaian bahawa Motorola Razr 5G mungkin akan diperkenalkan pada acara berkenaan.

Ditambah pula dengan ‘taburan’ pelbagai maklumat tertiris mengenainya yang semakin banyak dikongsi. Ia dilihat seakan menguatkan lagi dakwaan tersebut. Namun begitu, seperti biasa segalanya masih di peringkat ura-ura dan kita mungkin akan ketahui lebih lanjut berkaitan dengan penawaran terbaru Motorola dalam masa terdekat ini.



TIPS & ULASAN