Surface Duo Turut Boleh Menjalankan Aplikasi Android Pada Windows Menerusi Your Phone

Surface Duo Turut Boleh Menjalankan Aplikasi Android Pada Windows Menerusi Your Phone

Diterbitkan pada Ogos 13, 2020 oleh .

Semasa Samsung Galaxy Note20 dilancarkan, Microsoft turut mengemaskini aplikasi Your Phone. Melalui kemaskini ini, pengguna boleh menjalankan sehingga lima aplikasi Android pada Windows menerusi Your Phone dan ia turut boleh disematkan pada Taskbar. Fungsi ini terhad kepada Galaxy Note20 sahaja dan peranti Anndroid lain tidak dapat mencubanya.

Terkini, Microsoft telah mengumumkan yang terdapat peranti Android kedua yang boleh menggunakan fungsi ini – iaitu Microsoft Surface Duo. Melalui peranti ini, ia akan menjanjikan pengalaman multi-tugasan berbeza dan lebih efisien. Pengguna tidak lagi perlu lagi berinteraksi dengan telefon pintar sepanjang ia dipadankan kepada sebuah komputer Windows 10. Kesemua ini dilakukan secara sambungan nirwayar.



TIPS & ULASAN