Your Phone Membenarkan Aplikasi Android Digunakan Dalam Komputer Windows 10

Your Phone Membenarkan Aplikasi Android Digunakan Dalam Komputer Windows 10

Diterbitkan pada Ogos 6, 2020 oleh .

Masihkan anda ingat dengan aplikasi Your Phone? Aplikasi ini membolehkan peranti Android dipadankan dengan komputer Windows 10. Antara yang boleh dilakukan ialah salin tampal merentas dua sistem operasi, paparan notifikasi telefon pintar di komputer dan melakukan panggilan telefon dari komputer. Dengan pelancaran Samsung Galaxy Note20 hari ini, satu lagi fungsi baharu diperlihatkan.

Apabila peranti Note20 dipadankan dengan sebuah komputer Windows 10 menerusi Your Phone, pengguna kemudian boleh melancarkan sehingga 5 aplikasi Android di dalam komputer. Tambahan pula aplikasi Android ini kemudian boleh disematkan terus ke Taskbar Windows 10 seperti aplikasi lain di dalam komputer.

Pengguna tidak lagi perlu lagi berinteraksi dengan telefon pintar sepanjang ia dipadankan kepada sebuah komputer Windows 10. Kesemua ini dilakukan secara sambungan nirwayar. Pada waktu ini ciri menarik hanya akan disokong pada peranti Samsung Note20 sahaja terlebih dahulu sebelum dikembangkan kepada peranti Samsung yang lain.



TIPS & ULASAN