Cari @ Amanz

Menerusi aplikasi Your Phone, Microsoft cuba memudahkan penggunaan telefon pintar pada komputer Windows 10. Pada awalnya ia sekadar memaparkan notifikasi telefon pada komputer sebelum menyokong fungsi salin tampal merentas sistem operasi. Minggu ini aplikasi Your Phone Companion versi Android telah dikemaskini untuk menyokong fungsi melakukan panggilan telefon pula pada Windows 10.

Pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi Your Phone Companion untuk menggunakan fungi baharu ini. Kemudian pergi ke skrin tetapan Your Phone pada Windows 10 dan membenarkan aplikasi untuk melakukan panggilan telefon. Komputer Windows 10 anda harus mempunyai sokongan bluetooth sebelum ini boleh dilakukan.

Selain ini Windows 10 perlu dikemaskini dengan tampalan sekuriti sehingga April 2020 dan peranti Android pula perlu menggunakan sistem operasi Android 7.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd