95% Pengguna iPhone Di China Akan Berubah Ke Android Sekiranya WeChat Diharamkan

95% Pengguna iPhone Di China Akan Berubah Ke Android Sekiranya WeChat Diharamkan

Diterbitkan pada Ogos 14, 2020 oleh .

Presiden Trump mengeluarkan arahan eksekutif yang mengharamkan syarikat dari A.S dari melakukan transaksi perniagaan dengan Tencent dan Bytedance bermula 20 September kelak. Antara impak paling besar ialah aplikasi WeChat oleh Tencent akan dibuang dari App Store di peringkat global. Sebuah pungutan suara telah dilakukan di Weibo minggu ini dan 95% responden menjawab mereka akan bertukar ke Android sekiranya WeChat diharamkan dari ekosistem Apple.

Seramai 1.2 juta responden menyertai pungutan suara yang dilakukan dan angka 95% ini adalah agak tinggi. WeChat bukan sekadar aplikasi pemesejan tetapi turut digunakan sebagai dompet digital, platform pembelian atas talian dan pengenalan diri di China. Ia juga aplikasi yang memudahkan ahli keluarga di seluruh dunia berhubung antara satu sama lain kerana ia tidak dihalang seperti aplikasi lain. Maka tidak mengejutkan penganalisa Ming-Chi Kuo meramalkan jualan iPhone global akan terjejas sehingga 30% sekiranya WeChat dibuang dar App Store.



TIPS & ULASAN