Cari @ Amanz

Pada penghujung bulan lepas, Sony telah memperkenalkan kamera nircermin berbingkai penuh terbaru mereka, iaitu Sony Alpha 7S III. Ia dikatakan kamera nircermin Sony yang paling canggih setakat ini, dan terbaik untuk tujuan rakaman video 4K dengan kadar segar semula yang tinggi.

Sony Alpha 7S II

Hari ini nampaknya terdapat pihak yang telahpun mula membuka pra-tempah untuk kamera tersebut dengan tanda harga yang cukup tinggi, pada harga RM16,599 untuk badan kamera sahaja.

Melalui imej yang tertera, setiap tempahan kamera ini nampaknya akan hadir dengan dua pemberian percuma, iaitu sebuah bateri kamera Sony FZ100 dan juga kad SD Sony SF-G64T bersaiz 64GB bernilai RM951. Menariknya, tanda harga untuk sebuah kad memori ini (CEA-G80T) juga diperlihatkan, dan berharga RM989 setiap satu.

Bagi mereka yang ingin membeli pakej lengkap Sony Alpha 7S III bersama-sama dengan sebuah lensa, pembeli juga boleh menempah kamera tersebut dengan lensa 24mm F1.4 (SEL24F14GM) untuk harga RM21,699 ataupun lensa 24-70mm (SEL2470GM) untuk harga RM24,999.

Buat masa ini, pra-tempahan ini hanya dilihat melalui kedai kamera KL DSLR, Kami diberitahu pihak Sony Malaysia bahawa pra-tempah melalui platform Sony sendiri akan tiba tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd