Cari @ Amanz

Google Duo merupakan salah satu sokongan aplikasi panggilan video yang disediakan oleh Google – memfokuskan pengguna, dan diintegrasikan terus untuk boleh dipanggil menggunakan nombor telefon.

Ia telah diperkenalkan sejak 2016 yang lepas, dan memudahkan pengguna membuat panggilan kepada rakan-rakan secara percuma.

Google Duo

Namun, dengan penawaran Google Meet secara percuma baru-baru ini, ia diperkatakan yang mana penggunaan Duo merudum, sementara penggunaan Meet meningkat dikalangan pengguna.

Hal ini turut dikatakan membawa kepada perbicangan untuk Google lebih memfokuskan kepada Google Meet, dan mengintegrasikan ciri-ciri dari Google Duo ke Meet.

Menurut laporan 9To5Mac, proses peralihan dan integrasi ini dijangka akan mengambil masa beberapa tahun.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd