Mozilla Meneruskan Perjanjian Enjin Carian Bersama Google Untuk Pelayar Web Firefox

Mozilla Meneruskan Perjanjian Enjin Carian Bersama Google Untuk Pelayar Web Firefox

Diterbitkan pada Ogos 15, 2020 oleh .

Mozilla dan Google sedia bekerjasama sebelum ini dalam menyertakan pelayar web Google sebagai salah satu pilihan enjin carian utama pada pelayar web berkenaan. Perjanjian mereka yang sepatutnya tamat pada tahun ini, kini dilihat dilanjutkan lagi oleh pihak Mozilla dan Google.

Sebelum ini, Mozilla telah mengurangkan tenaga pekerja mereka, selain mana populariti Firefox yang berkurangan berbanding Chrome membuatkan ramai membuat spekulasi Google dan Mozilla mungkin tidak meneruskan kerjasama berkenaan.

Apa pun, ternyata perkara berkenaan tidak menghiraukan Google, dan kini telah melanjutkan kerjasama kedua-dua pihak. Ia tidak diketahui lagi adakah integrasi enjin carian Google akan berubah atau akan lebih menyeluruh berbanding sebelum ini.

Mozilla sendiri bergantung kepada pendapatan dari segi perlesenan enjin carian seperti ini. Namun, dengan persaingan daripada Google sendiri melalui pelayar web Chrome, ia membuatkan Mozilla mula melihat kepada beberapa pendapatan alternatif – termasuk melancarkan perkhidmatan berbayar seperti VPN baru-baru ini.



TIPS & ULASAN