Samsung Galaxy S20 Fan Edition (FE) Diperlihatkan Dalam Gambar Tertiris

Samsung Galaxy S20 Fan Edition (FE) Diperlihatkan Dalam Gambar Tertiris

Diterbitkan pada Ogos 17, 2020 oleh .

Jika sebelum ini hanya rekaan paparan hadapan sahaja yang diperlihatkan, kali ini nampaknya Samsung Galaxy S20 Fan Edition (FE) muncul dalam imej pengolokan yang lebih jelas. Tarikh pelancaran peranti ini masih menjadi tanda tanya, dan beberapa spekulasi mengatakan ia mungkin hadir sekitar suku ke-4 2020 ini.

Jika diteliti dengan baik, sekilas pandang rekaannya kelihatan mirip dengan Samsung Galaxy S20. Peranti ini juga dilihat menggunakan paparan skrin pipih yang sama seperti digunakan pada Galaxy S20 sebelum ini. Panel yang digunakan adalah jenis AMOLED dengan rekaan skrin berlubang untuk perletakan kamera swafoto. Kemasan bezelnya juga nampak nipis dengan bahagian dagu yang masih ada tetapi tidak begitu tebal.

Untuk bahagian belakang, terdapatnya model kamera berbentuk segi empat yang menempatkan tiga lensa utama dan LED Flash. Seterusnya, susun atur butang fizikal pula dilihat direka dengan kedudukan ergonomik dan mudah dicapai. Butang kuasa dan laras suara ditempatkan pada sisi kanan. Manakala, talam SIM pula terletak pada bahagian bawah.

Untuk spesifikasi, Samsung Galaxy S20 Fan Edition (FE) dipercayai hadir dengan pemproses Snapdragon 865. Laman Geekbench sebelum ini telah mendedahkan bahawa peranti ini mungkin menggunakan memori 6GB RAM dan perisian Android 10 terkini. Akan tetapi, ramai turut menjangkakan ia mungkin diperkenalkan dalam versi lebih tinggi 8GB RAM dan storan sehingga 512GB. Menurut khabar angin lagi, ia mungkin disertakan kamera utama 12-Megapixel Sony IMX555.

Sama-sama kita nantikan info lanjut mengenai telefon pintar terbaru Samsung ini.



Paling Popular