Maybank Dan Grab Hadir Dengan Kad Kredit Khas – Bukan GrabPay Card Yang Dinantikan Ramai

Maybank Dan Grab Hadir Dengan Kad Kredit Khas – Bukan GrabPay Card Yang Dinantikan Ramai

Diterbitkan pada Ogos 17, 2020 oleh .

Maybank, Grab dan Mastercard kini dilihat bekerjasama dan telah hadir dengan penawaran kad kredit berjenama Grab khusus dengan lebih penawaran ganjaran kepada pengguna.

Kerjasama ini bukan kali pertama dilakukan oleh Maybank. Sebelum ini, mereka telah bekerjasama untuk penawaran kad kredit khusus yang dioptimasikan untuk pengguna Shopee – dan kali ini, mereka menawarkan kad kredit yang dioptimasikan khusus untuk pengguna Grab.

Grab Credit Card

Dinamakan “Maybank Grab Mastercard Platinum Credit Card”, ia hadir dalam dua pilihan warna – hitam dan putih, serta rekaan yang agak kemas berbanding kad kredit lain. Ia sekadar menyertakan logo Grab dihadapan, dan jenama Maybank serta Mastercard dibelakang.

Melalui kad kredit ini, ia menawarkan mata ganjaran GrabRewards 5x untuk setiap RM1 transaksi di Grab, selain mata ganjaran GrabRewards lain untuk penggunaan secara atas-talian.

Grab Credit Card

Bagi anda yang berminat mendapatkan kad kredit ini, boleh merujuk halaman khas di Maybank yang disediakan – sekaligus mengetahui lanjut mengenai penawaran ganjaran dan syarat-syarat untuknya.

Untuk makluman, ini bukanlah GrabPay Card yang dinantikan ramai. GrabPay Card yang dinantikan ramai adalah sebuah kad yang dipautkan terus ke aplikasi Grab, dan boleh memantau perbelanjaan melaluinya. Ia tidak diketahui lagi secara rasminya bilakah kad berkenaan akan diperkenalkan untuk pasaran Malaysia.

GrabPay Card


Paling Popular