OnePlus Buds Kini Rasmi Di Malaysia – TWS Untuk OnePlus Yang Berharga RM399

OnePlus Buds Kini Rasmi Di Malaysia – TWS Untuk OnePlus Yang Berharga RM399

Diterbitkan pada Ogos 18, 2020 oleh .

OnePlus sebentar tadi telah melancarkan OnePlus Nord untuk pasaran Malaysia. Ia dijual pada harga RM1,799 untuk 8/128 GB dan RM2,399 untuk 12/256 GB. Bersama-sama dengan pelancaran ini, OnePlus turut melancarkan OnePlus Buds, iaitu TWS pertama mereka selepas pelbagai jenis aksesori audio mereka perkenalkan sejak zaman OnePlus One lagi.

OnePlus Buds menggunakan pemacu audio 13.4mm, Bluetooth 5.0, USB-C, bateri 35mAh pada setiap fon telinga, 420mAh pada kerangka pengecasan, ketahanan bateri sehingga 30 jam dan menyokong pengecasan pantas. Ia juga mempunyai kawalan sentuhan, mod masa pendam rendah untuk permua serta menyokong audio dari Dolby Atmos. OnePlus Buds juga menyokong kalis air IPX4 dan tambatan pantas Google, Fast Pair. TWS ini ditawarkan dalam warna putih, kelabu, dan Nord Blue.

OnePlus Buds turut boleh dibeli di Malaysia pada hari ini di laman Shopee rasmi mereka dengan harga RM399. Warna putih dan biru sudah boleh dibeli, kecuali warna kelabu yang akan tiba nanti.



TIPS & ULASAN