Sony Xperia 10 II dilancarkan pada Februari lalu tetapi hanya pra-tempahan hanya dibuka pada bulan Jun lalu. Namun begitu ia hanya mula dijual bermula hari ini di laman rasmi Sony Malaysia. Seperti harga pra-tempahan tempohari, peranti ini dijual pada harga RM1799 sebuah.
Xperia 10 II adalah skrin 6-inci OLED, dijana Snapdragon 665, 4GB RAM, dan storan 128GB. Ia hadir dengan bateri 3600mAh, dan kamera swafoto 8-megapixel. Melengkapkan telefon pintar ini adalah tri-kamera belakang gabungan 12MP + 8MP + 7MP.
Seperti beberapa telefon keluaran Sony lain, telefon pintar ini turut hadir dengan sokongan kalis air IP68, selain dilengkapi ketahanan kaca Gorilla Glass 6.
Di dalam video ulasan kami di atas, peranti ini sedikit sukar untuk disarankan kepada anda kerana spesifikasi yang lebih rendah tetapi harga jualannya tidak kompetitif jika dibandingkan dengan peranti lain di dalam kelas yang sama.