Telefon BlackBerry Baru Dengan Sokongan 5G Dan Papan Kekunci Fizikal Akan Hadir Pada 2021

Telefon BlackBerry Baru Dengan Sokongan 5G Dan Papan Kekunci Fizikal Akan Hadir Pada 2021

Diterbitkan pada Ogos 19, 2020 oleh .

BlackBerry merupakan salah satu jenama yang popular sekitar sedekad yang lepas. Namun, populariti mereka semakin merudum dengan persaingan sengit dalam arena telefon pintar.

Pada awal tahun ini, TCL telah mengatakan yang mana lesen mereka untuk peranti BlackBerry tidak diperbaharui, dan tiada lagi penawaran peranti baru, serta akan berhenti menjual peranti berjenama BlackBerry bermula 31 Ogos 2020.

Dengan pelbagai teka-teki, dan ketiadaan sebarang peranti baru BlackBerry, kini mereka telah mengumumkan kerjasama dengan OnwardMobility dan FIH Mobile untuk hadir dengan peranti baru pada 2021 kelak.

Telefon pintar BlackBerry baru ini bakal menyertakan sokongan rangkaian 5G bersama dengannya, selain dilengkapi papan kekunci fizikal, dan menjalankan sistem operasi berasaskan Android.

Apa pun, agak mendukacitakan kerana telefon pintar ini hanya akan dipasarkan untuk Amerika Utara dan juga Eropah sahaja. Sama-sama kita nantikan info lanjut berkaitan BlackBerry, dan apakah perancangan mereka untuk pasaran Asia, terutamanya Malaysia.



TIPS & ULASAN