Cari @ Amanz

Seperti yang dijangkakan, lanjutan daripada pengumuman pihak Realme untuk memperkenalkan siri telefon pintar baru, kini beberapa info berkaitan dengannya mula hadir ke arena web. Jenama ini dijangka memperkenalkan sekurang-kurangnya dua model di bawah siri Realme X7 ini – Realme X7 dan Realme X7 Pro. Akan tetapi, agak mengejutkan apabila terdapat perkembangan terbaru mendakwa mereka juga mungkin memperkenalkan Realme X7 Ultra.

Terbaru, imej pengolokan yang memperlihatkan rekaan dan spesifikasi ringkas peranti ini dikatakan telah tertiris. Peranti ini dipercayai hadir dengan empat kamera di bahagian belakang yang disusun secara menegak. Kalau perasan, salah satu daripadanya adalah lensa berbentuk empat segi – memberikan gambaran di mana ia mungkin turut mempunyai kemampuan zum yang tinggi menggunakan sistem periskop. Beralih ke panel hadapan pula, peranti ini dilihat mungkin menggunakan rekaan skrin berlubang untuk peletakan kamera swafoto dengan sokongan lensa tunggal.

Untuk spesifikasi pula, Realme X7 Ultra dipercayai menggunakan skrin dengan panel Super AMOLED bersama kadar segar semula 120Hz. Selain itu, ia juga mungkin dilengkapi cip pemproses Snapdragon 865, bateri 4,500mAh dengan pengecasan pantas 125W, kamera utama 64-Megapixel, kamera swafoto 32-Megapixel dan perisian Realme UI berasaskan Android 10. Seperti biasa, maklumat dikongsi masih di peringkat ura-ura dan untuk ketahui lebih lanjut, sama-sama kita tunggu pelancaran rasmi pada 1 September kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd