Casio G-Shock Dengan Rekaan Seakan Model 3D Berpoligon Rendah Kini Di Malaysia Pada Harga RM3499

Casio G-Shock Dengan Rekaan Seakan Model 3D Berpoligon Rendah Kini Di Malaysia Pada Harga RM3499

Diterbitkan pada Ogos 22, 2020 oleh .

Pada April yang lalu, Casio melancarkan jam tangan G-Shock GMW-B5000CS dengan rekaan seakan model 3D berpoligon rendah. Semasa dilancarkan, ia sekadar ditawarkan untuk pasaran Jepun. Tetapi minggu ini G-Shock GMW-B5000C akhirnya dilancarkan di Malaysia pada harga RM3499 seutas.

Jam tangan GMW-B5000CS mengitar semula rekaan DW-5000C dari tahun 1983 tetapi dengan garisan grid yang diukir menggunakan laser. Kemasan berwarna hitam dengan garisan berwarna putih mengingatkan kami kepada model 3D yang pernah kami hasilkan di dalam aplikasi 3D MAX semasa di kolej suatu ketika dahulu.

Walaupun ia sebuah jam tangan analog, ia masih boleh ditambat kepada telefon pintar tetapi hanya untuk penetapan waktu yang tepat secara automatik. Skrin LED yang digunakan mempunyai sokongan lampu. GMW-B5000CS mempunyai kemampuan bateri sehingga 10 tahun, kemampuan kalis air sehingga 10 bar dan tahan hentakan dari ketinggian 10 meter.



TIPS & ULASAN