Twitter Menguji Ciri “Baca Sebelum RT Dan Kongsi” Dengan Lebih Meluas

Twitter Menguji Ciri “Baca Sebelum RT Dan Kongsi” Dengan Lebih Meluas

Diterbitkan pada Ogos 24, 2020 oleh .

Menjadi kebiasaan untuk ramai orang untuk berkongsi sesuatu pautan tanpa membacanya terlebih dahulu. Perkara ini ingin diatasi oleh Twitter, dan mereka telah mula bereksperimen dengan ciri yang memastikan pengguna membaca sesuatu pautan terlebih dahulu sebelum kongsikannya.

Twitter telah berkongsi eksperimen ini sejak bulan Jun lepas, dan kini ia dilihat diperluaskan kepada lebih ramai pengguna. Terbaru, ciri ini juga telah mula diuji dikalangan pengguna Malaysia.

Twitter Baca

Apabila pengguna memilih untuk RT (Retweet) sesuatu pautan tanpa membacanya, Twitter akan memaparkan sebuah notifikasi berbentuk pop-naik, dan meminta anda membacanya terlebih dahulu.

Seperti biasa, anda masih boleh berkongsi tanpa membacanya – tetapi peringatan ini mungkin meningkatkan lagi tahap kesedaran berkongsi sesuatu pautan tanpa membacanya, dan mungkin mengurangkan kadar penyebaran info kurang tepat.

Ia tidak diketahui lagi bilakah ciri ini akan dilancarkan dalam bentuk stabil untuk semua pengguna seluruh dunia.



TIPS & ULASAN