Lagi Petanda Muncul Menunjukkan iPhone 12 Akan Dilengkapi Skrin 120Hz

Lagi Petanda Muncul Menunjukkan iPhone 12 Akan Dilengkapi Skrin 120Hz

Diterbitkan pada Ogos 24, 2020 oleh .

Ura–ura penggunaan skrin 120Hz ProMotion akan digunakan pada iPhone 12 didengari pada awal tahun ini. Beberapa sumber dalaman mengatakan ini akan berlaku bagi memastikan teknologi skrin iPhone 12 tahun ini dapat bersaing dengan peranti Android seperti Galaxy Note20 dan Oppo Find X2 Pro.

Tetapan untuk mengehadkan kadar bingkai skrin ditemui di dalam iOS 14 Beta 5. Apabila diaktifkan, skrin akan hanya menyokong kadar segar semula 60Hz sahaja. Ini ialah petanda pertama dalam bentuk perisian sokongan skrin dengan kadar segar semula lebih tinggi akan digunakan.

Tetapi pada waktu yang sama Ross Young yang kerap meniriskan maklumat mengenai teknologi skrin berkata, iPhone 12 kelak tidak akan mempunyai skrin dengan kadar segar semula yang berubah mengikut keperluan seperti Note20 dan Find X2 Pro. Menurut beliau ini adalah kerana kilang yang menghasilkan panel dengan teknologi baharu ini untuk Apple oleh Samsung hanya akan mula beroperasi pada tahun 2021.



TIPS & ULASAN