Cari @ Amanz

Tahun ini Xiaomi melancarkan televisyen pintar lutsinar untuk kegunaan di rumah. Tetapi LG Display mempunyai idea penggunaan skrin lutsinar yang lebih menarik selepas di digunakan pada tingkap kereta api bawah tanah di Beijing dan Shenzen.

Skrin OLED lutsinar – LG Display Co.

Skrin OLED lutsinar sebesar 55-inci menggantikan beberapa cermin tingkap di dalam koc penumpang. Ia boleh memaparkan maklumat mengenai perjalanan dan peta kereta api bawah tanah. Kerana ia skrin sesentuh, penumpang boleh berinteraksi dengan skrin seperti skrin sesentuh biasa. Selain itu ia turut memaparkan berita dan maklumat cuaca.

Sebelum ini teknologi skrin OLED lutsinar ini telah diperlihatkan oleh LG untuk digunakan di dalam pesawat. Tetapi penggunaannya pada pengangkutan awam seperti kereta api nampak lebih praktikal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd