Cari @ Amanz

Seperti yang dijanjikan, Realme C12 akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran tempatan, sebentar tadi. Antara penarik utama padanya adalah penawaran kapasiti bateri besar 6,000mAh, di samping sokongan kamera lebih banyak berbanding pendahulunya iaitu Realme C11.

Untuk spesifikasi, Realme C12 membawakan skrin bersaiz 6.5-inci IPS LCD HD+ bersama rekaan paparan bertakuk kecil. Ia juga menggunakan pemproses MediaTek Helio G35 dengan gabungan memori 3GB RAM dan ruang storan 32GB. Sebagai tambahan, ruangan ini boleh dikembangkan sehingga had maksimum 256GB menerusi sokongan kad microSD. Perisian yang digunakan pula adalah Realme UI berasaskan Android 10 terkini.

Untuk tetapan kamera, Realme C12 dilengkapi tiga kamera utama dengan konfigurasi 13-Megapixel (f/2.2) + 2-Megapixel (f/2.4) + 2-Megapixel (f/2.4). Kamera swafoto pula adalah sebesar 5-Megapixel (f/2.0). Melengkapi peranti, bateri sebesar 6,000mAh dengan pengecasan 10W menerusi port microUSB.

Terdapat dua pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Coral Red dan Marine Blue. Bagi yang berminat, anda boleh dapat Realme C12 pada harga RM529 (3GB + 32GB). Lebih menarik, setiap pembelian akan didatangkan dengan Realme Buds Classic (RM59) dengan sejumlah hadiah percuma menarik termasuk Screen Magnifier, kerangka pelindung dan banyak lagi. Jualan secara atas talian bermula hari ini pada jam 1 petang, manakala jualan luar talian pula akan bermula pada 31 Ogos kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd