Facebook Memperluaskan Penawaran Tab Khusus Untuk Berita Ke Beberapa Negara Luar Amerika

Facebook Memperluaskan Penawaran Tab Khusus Untuk Berita Ke Beberapa Negara Luar Amerika

Diterbitkan pada Ogos 26, 2020 oleh .

Facebook sebelum ini telah memperkenalkan Facebook News di Amerika Syarikat, iaitu sebuah tab khusus yang memaparkan pelbagai berita terkini daripada penerbit berita dan artikel. Dengannya, Facebook memudahkan fokus terhadap NewsFeed dengan perkongsian daripada rakan dan ahli keluarga, sementara tab khusus Facebook News untuk mengikuti berita.

Facebook News

Terbaru, Facebook mengumumkan mereka akan memperluaskan Facebook News ini ke beberapa negara lain dalam tempoh 6 bulan ke 12 bulan akan datang. Antaranya adalah termasuk UK, Jerman, Peranci, India dan Brazil.

Melambatkan pengenalannya adalah kerana Facebook mengenal-pasti penerbit dan membayar mereka supaya kandungan dipaparkan pada Facebook News.

Dengan pengenalan secara berperingkat ini, ia mungkin mengambil masa yang lebih lama sebelum ciri ini diperkenalkan untuk pasaran tempatan.



TIPS & ULASAN