CEO TikTok, Kevin Mayer Meninggalkan Syarikat Hanya Selepas Tiga Bulan Menyertainya

CEO TikTok, Kevin Mayer Meninggalkan Syarikat Hanya Selepas Tiga Bulan Menyertainya

Diterbitkan pada Ogos 27, 2020 oleh .

Kevin Mayer sebelum ini telah meninggalkan Disney, dan menyertai TikTok sebagai CEO. Namun, kini selepas hanya tiga bulan, beliau mengumumkan akan meninggalkan syarikat berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, kerajaan Amerika Syarikat kini sedang menekan ByteDance untuk menjual operasi TikTok di Amerika Syarikat. Perkara ini turut memberikan kesan terhadap bagaimana ia akan beroperasi secara global.

Sekiranya operasi TikTok di Amerika Syarikat dijual, ia akan membawa kepada perubahan bagaimana syarikat berkenaan beroperasi – dan membawa kepada perbezaan perancangan dan apakah yang telah dirancang oleh CEO TikTok pada peringkat global sebelum ini, kerana akan mempunyai pembahagian perancangan, dan beberapa had baru.

Kevin Mayer mengatakan beliau sedia merancang untuk operasi secara global sebelum ini, dan perubahan ini membuatkan beliau terpaksa mengundurkan diri dari menerajui TikTok.



TIPS & ULASAN