Samsung sebelum ini telah memperlihatkan Galaxy Z Fold2 secara ringkas, tetapi tidak berkongsi dengan lanjut berkaitan telefon boleh-lipat mereka.
Terbaru, Samsung menjadualkan tarikh 1 September 2020 ini untuk berkongsi lanjut mengenainya.
Samsung Galaxy Z Fold2 hadir dengan skrin 6.2-inci Super AMOLED nirbingkai, skrin bahagian dalam bersaiz 7.6-inci Dynamic AMOLED 2x dengan kadar segar semla 120Hz, dijana cip Snapdragon 865+, memori 12GB RAM, dan dilengkapi tri-kamera gabungan 12MP.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 1 September ini untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan telefon boleh-lipat daripada Samsung ini.