Carian
Netflix Kini Boleh Dinikmati Dalam Bahasa Melayu
August 28, 2020 Effi Saharudin

Netflix ialah perkhidmatan penstriman berbayar terbesar dunia dan sudah ditawarkan di Malaysia sejak 2016. Selepas lebih empat tahun beroperasi, akhirnya hari ini Netlix menyokong penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya.

Pengguna boleh memilih Bahasa Melayu sebagai bahasa pilihan terus dari profil peribadi. Apabila ini dilakukan keseluruhan elemen antaramuka seperti menu, kategori, sinopsis, kandungan sohor kini dan skrin tetapan akan dipaparkan dalam Bahasa Malaysia.

Jumlah kandungan Netflix yang menyokong sari kata dan alih suara Bahasa Melayu juga akan ditambah. Pada fasa awal kandungan asli Netflix paling popular di Malaysia seperti Umbrella Academy, The Witcher dan Kingdom akan diberikan sokongan ini terlebih dahulu sebelum diperlukan kepada keseluruhan katalog yang ditawarkan platform.

Bagi mereka yang sudah lama ingin menggunakan bahasa kebangsaan di Netflix, ia tiba tepat pada waktunya ketika kita hampir menyambut hari kemerdekaan negara.

Komen