Sony Menjadualkan Pengenalan Produk Baharu Pada 17 September Kelak

Diterbitkan pada Ogos 28, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .


Sony kini mengesahkan bahawa mereka bakal mengadakan sebuah acara pelancaran untuk pengenalan produk Xperia baharu pada 17 September kelak. Bagaimanapun, syarikat ini dilihat tidak pula mendedahkan nama model yang akan dilancarkan. Sebaliknya, hanya mengacah orang ramai dengan tanda tagar #SonyXperia pada hantaran poster acah pelancaran tersebut.

Namun begitu, ramai pihak membuat spekulasi bahawa Sony berkemungkinan besar memperkenalkan Sony Xperia 5 II. Ia berikutan model ini antara topik yang menjadi bualan hangat diperkatakan ketika ini. Tiada maklumat berkaitan peranti ini yang diketahui buat masa ini. Namun begitu, rekaannya dikatakan telah tertiris dengan binaan yang seakan mirip model tahun lalu iaitu Xperia 5.

Ia juga dipercayai mempunyai skrin dengan nisbah aspek 21:9, penggunaan tiga kamera utama dan sistem pengimbas cap jari di bahagian sisi. Benar atau tidak model ini akan diperkenalkan pada acara tersebut, segalanya akan terjawab kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami