Rekaan Sony Xperia 5 II Tertiris Menujukkan Penggunaan Tri-Kamera Utama

Rekaan Sony Xperia 5 II Tertiris Menujukkan Penggunaan Tri-Kamera Utama

Diterbitkan pada Ogos 27, 2020 oleh .

Siri Xperia 5 dilihat sebagai model lebih mampu milik jika dibandingkan dengan Xperia 1 tetapi dengan saiz yang lebih kecil. Semalam rekaan Sony Xperia 5 II menerusi akaun @evleaks dan tidak mengejutkan ia mengekalkan rekaan yang mirip model tahun lalu.

Xperia 5 II mempunyai skrin memanjang 21:9 dengan terdapat dagu serta dahi pada bahagian hadapan. Ini adalah untuk meletakkan kamera swafoto dan mungkin pembesar suara stereo. Pada panel belakang kelihatan tri-kamera utama sementara tubuh dibulatkan pada bahagian sisi.

Penggunaan lensa ZEISS T* juga dapat dilihat sama seperti yang ditemui pada Xperia 1 II. Satu perubahan yang ketara ialah tiadanya sensor 3D TOF pada kamera utama. Akhir sekali peranti mengekalkan pengimbas cap jari sisi dan butang khusus untuk kamera. Dari segi spesifikasi peranti ini akan mempunyai perkakasan yang hampir setanding dengan Xperia 1 II yang dilancarkan awal tahun ini.

Tahun lalu Xperia 5 dilancarkan kepada acara IFA dan Xperia 5 II pastinya dilancarkan di acara yang sama kerana ia tidak dibatalkan tahun ini.



TIPS & ULASAN