Google Duo Bakal Tiba Ke Android TV

Google Duo Bakal Tiba Ke Android TV

Diterbitkan pada Ogos 28, 2020 oleh .

Google semakin hari semakin mengembangkan lagi sokongan perkhidmatan panggilan video mereka. Minggu lepas, Google Meet telah mula menyokong Chromecast untuk pengguna melakukan telesidang dengan paparan lebih luas. Kemudian sebelum itu, Google Meet dan Google Duo boleh digunakan secara terus kepada paparan pintar.

Terkini, Google akan menambah sokongan Google Duo kepada televisyen pintar pula. Google Duo akan hadir dalam bentuk beta untuk Android TV. Menurut Google, ia adalah untuk pengalaman penggunaan yang paling menarik. Melalui televisyen pintar, jika televisyen pengguna tiada kamera – Google Duo Android TV ini akan menyokong mana-mana kamera dengan sambungan USB. Ia akan mula diedarkan dalam minggu-minggu akan datang.



Paling Popular