Cari @ Amanz

Google telah memperkenalkan fungsi Snapshot pada Google Assistant sebelum ini. Di mana, ia boleh memaparkan ringkasan harian pengguna dalam bentuk ‘cards’ yang lebih kemas dan mudah diakses. Terkini, ia ditambah baik lagi dengan beberapa ciri menarik yang membuatkan fungsi ini lebih berguna buat pengguna.

Ia termasuklah ciri ringkasan untuk senarai tugas penting – di mana ia akan diubahsuai mengikut kepentingan sesuatu tugasan mengikut masa dan kekerapan pengguna berinteraksi dengan Google Assistant. Ciri seterusnya adalah cadangan yang disesuaikan berdasarkan keutamaan pengguna – ia termasuklah senarai resipi, podcast dan lokasi restoran berdekatan untuk makan.

Kemudian, pengguna juga kini boleh mengaktifkan Google Assistant tanpa perlu mengetik pada ikon terlebih dahulu. Anda hanya perlu seru sahaja “Hey Google, show me my day” dan fungsi ini akan diaktifkan dengan serta merta. Secara lalai, ia hanya menyokong bahasa Inggeris sahaja buat masa ini.

Tidak ketinggalan, pengguna juga boleh mendapatkan pemberitahuan kemas kini penting melalui kad gambar yang menarik. Ia termasuklah kemas kini untuk penerbangan, bil akan datang, peringatan tarikh lahir dan sebagainya. Sebagai contoh peringatan untuk hari lahir, apabila pemberitahuan tersebut ditekan akan terdapatnya sejumlah pilihan menarik untuk tindakan seterusnya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd