Cari @ Amanz

Xiaomi baru-baru ini telah pun melancarkan monitor gaming mereka untuk pasaran Malaysia pada harga RM1,999. Di China, mereka sudah oun ada banyak model paparan dan terkini – mereka dilihat mengembangkan lagi kategori produk ini dengan produk kaki monitor pula. Xiaomi dilihat sedang mengumpul dana untuk E-Sport Gaming Monitor Stand.

Ia adalah kaki monitor memfokuskan gaming yang mana menggunakan rekaan yang ranggi dan kelihatan cantik dan menarik. Kaki ini menggunakan sistem suspensi agar mudah untuk pengguna mengubah posisinya tidak kira atas, bawah, kiri atau kanan. Posisi ke atas adalah 85 darjah, 15 darjah ke bawah, 90 darjah ke kiri atau kanan dan boleh beprutar 360 darjah. Sistem di belakang adalah VESA, ini membuatkan banyak monitor boleh menggunakan kaki ini. Ketinggian pula boleh dilaras dari 110-390mm.

Bahan binaan adalah gred-automatif dan ia menggunakan angkup untuk kepit pada meja. Xiaomi mendakwa yang ia boleh bertahan selama 11 tahun, jika dalam masa satu hari sebanyak 10 kali posisi monitor diubah. Rekaan pula menggunakan gabungan warna merah dan hitam dan menyokong saiz monitor dari 10-inci sehingga 34-inci serta boleh tampung berat maksima 9KG. Harga jualan adalah RMB399, iaitu sekitar RM240 dan terhad di pasaran China sahaja buat masa ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd