Rangkaian 3G Akan Ditamatkan Secara Berperingkat Sehingga Akhir 2021

Rangkaian 3G Akan Ditamatkan Secara Berperingkat Sehingga Akhir 2021

Diterbitkan pada Ogos 29, 2020 oleh .

Kerajaan hari ini telah mengumumkan inisiatif JENDELA (Jalinan Digital Negara) dalam usaha untuk terus mempertingkatkan penawaran kualiti jalur-lebar kepada pengguna.

Selari dengannya, kerajaan turut mengumumkan peralihan ini akan melibatkan penamatan rangkaian 3G secara berperingkat.

Penamatan rangkaian 3G ini akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga akhir 2021 kelak. Ini adalah salah satu usaha dalam terus memantapkan lagi rangkaian 4G negara, serta memperkukuhkan asas bagi rangkaian 5G.

Sebelum ini, rangkaian 3G telah diperkenalkan untuk pengguna secara meluas sejak 2005 yang lepas, sekaligus menjadikannya titik tolak untuk populariti penggunaan peranti pintar secara mudah-alih.

Malaysia 3G


TIPS & ULASAN