Huawei FreeLace Pro Juga Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM399

Huawei FreeLace Pro Juga Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM399

Diterbitkan pada Ogos 30, 2020 oleh .

Fon telinga Huawei FreeLace Pro telah dilancarkan dua minggu lalu di China. Ia membawakan sokongan pembatalan hingar aktif. Seperti FreeLace terdahulu, FreeLace Pro adalah dari jenis yang melingkar pada tengkuk dan rekaan dalam telinga. Ia akhirnya dilancarkan di Malaysia minggu ini pada harga RM399 dan hanya sedikit lebih mahal berbanding FreeLace asal yang dijual pada harga RM369.

Huawei FreeLace Pro

Dengan pemandu audio sebesar 14mm, ia mampu menawarkan pengalaman audio yang baik. Kesemua kawalan dilakukan menerusi butang fizikal terbina pada bahagian tali fon telinga. Tetapi pada fon telinga terdapat butang fizikal untuk mengaktifkan pembatalan hingar atau menyeru pembantu maya. Muzik turut akan dijedakan apabila dua fon telinga disambungkan secara magnetik.

Dengan sistem pembatalan hingar aktif, FreeLace Pro boleh beroperasi sehingga 16 jam atau sehingga 24 jam jika pembatalan hingar dimatikan. Pengecas USB-C terbina pada wayar yang membolehkan ia dicas dengan disambungkan kepada telefon pintar.



Paling Popular