Sandaran Ke Samsung Gallery Sync Dan Drive Akan Dihentikan Bermula 31 Disember 2021

Sandaran Ke Samsung Gallery Sync Dan Drive Akan Dihentikan Bermula 31 Disember 2021

Diterbitkan pada Ogos 31, 2020 oleh .

Pengguna Samsung boleh melakukan sandaran tetapan peranti, gambar dan fail menggunakan Samsung Cloud sejak 2016. Tetapi ini akan dihentikan secara berfasa bermula 31 Disember 2021 kelak. Selepas tarikh tersebut, kesemua sandaran gambar dan fail perlu menggunakan Microsoft OneDrive

Pada 1 Disember 2020, Samsung akan menghentikan langganan baharu untuk menggunakan Samsung Gallery Sync, Drive dan Premium. Pengguna sedia ada akan diberikan pilihan untuk memindahkan kesemua data sedia ada ke OneDrive. Pengguna lama dibenarkan terus menggunakan ketiga-tiga perkhidmatan sehingga 1 Jun 2021 tetapi selepas tarikh ini pemindahan data sedia ada ke OneDrive tidak lagi boleh dilakukan. Samsung akan memulangkan wang kepada pengguna yang mempunyai langganan aktif.

Tahun ini Samsung dan Microsoft melakukan kerjasama yang lebih erat. Ini dapat dilihat pada sokongan Your Phone yang eksklusif untuk peranti Samsung serta kesemua data Samsung Note kini disimpan terus ke OneDrive.

Akhir sekali pada 31 Disember 2021, kesemua data yang disimpan akan dipadam dan tidak lagi boleh dimuat turun. Oleh itu sekiranya anda mempunyai data yang disimpan secara atas talian, sila muat turun sebelum tarikh ini sekiranya anda tidak mahu berhijrah ke OneDrive.

Harus diingatkan sokongan sandaran hanya dihentikan untuk Gellery Sync, Drive dan Premium sahaja. Sandaran data pendua lain peranti masih disokong oleh Samsung Cloud.



Paling Popular