Cari @ Amanz

Terdapat sebilangan pakar yang mengatakan kanak-kanak tidak seharusnya dibenarkan menggunakan peranti pintar di bawah umur 6 tahun. Sebagai contoh di United Kingdom, guru menyedari kanak-kanak tadika sukar memegang pena kerana lebih kerap menggunakan skrin sesentuh untuk berinteraksi. Tetapi jika anda ibu bapa yang tiada masalah memberikan anak akses kepada peranti, Google Kids Space telah dilancarkan.

Kids Space ialah antaramuka mesra kanak-kanak khusus untuk digunakan pada tablet. Apabila menggunakannya buat pertama kali, pengguna akan disoal tentang minit mereka seperti melukis, haiwan, sains atau muzik. Kandungan yang bersesuaian dengan minat serta umur kemudian akan dimuat turun.

Pada bahagian bawah skrin terdapat pintar ke muka hadapan, permua, membaca, YouTube dan kraftangan. Apabila dipilih kandungan yang jatuh ke dalam kategori-kategori ini akan dipaparkan pada skrin. Selain itu pengguna bebas menghasilkan avatar 2D peribadi bagi menjadi ganti diri di dalam antaramuka Kids Space.

Kandungan yang disarankan oleh tenaga pengajar dan buku yang terpilih juga akan dipaparkan di Google Play. Sesuai dengan cirinya sebagai ruang selama untuk kanak-kanak, aplikasi YouTube Kids juga akan diberikan secara terbina.

Dengan sokongan Family Link, ibu bapa bebas memantau waktu penggunaan, had harian dan kandungan yang dibenarkan terus dari peranti mereka sendiri. Pada waktu ini Google Kids Space hanya disokong pada tablet Lenovo Tab HD M10 (Gen 2) dan Lenovo SmartTab M10 HD (Gen 2).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd