Cari @ Amanz

Sabrent ialah sebuah syarikat pembina storan digital yang terkenal untuk storan SSD PCIe sebesar 8TB sebelum ini. Mereka juga telah melancarkan storan SSD PCIe 4.0 dengan jumlah storan cukup besar pada kapasiti 4TB.

Terkini, Sabrent memperlihatkan sebuah lagi model SSD PCIe 4.0 baru yang dinamakan Sabrent Rocket 4 Plus yang hadir dengan kelajuan pembacaan dan penghantaran data yang jauh lebih pantas berbanding dengan model-model sebelum ini.

Menurut Sabrent, SSD Rocket 4 Plus ini menggunakan pengawal Phison PS5016-E16 yang dikatakan membolehkan storan ini hadir dengan kelajuan pembacaan data sepantas 7.0GB/s dan juga penulisan data sepantas 6.5GB/s.

Sabrent Rocket 4 Plus ini juga hadir dengan beberapa pilihan storan, iaitu 500GB, 1TB dan 2TB. Kepantasan pembacaan data yang dinyatakan dalam perenggan lepas dikatakan sudah penghampiri had kadar pembacaan data maksima teoretikal PCIe 4.0, dan untuk pengguna, hanya berguna dalam beberapa situasi tertentu.

Buat masa ini, tarikh pelancaran dan juga tanda harga untuk SSD Sabrent Rocket 4 Plus masih tidak diketahui lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd