ZTE Livebuds Dilancarkan Dengan Sokongan Pembatalan Hingar Elektronik

ZTE Livebuds Dilancarkan Dengan Sokongan Pembatalan Hingar Elektronik

Diterbitkan pada Sep 2, 2020 oleh .

ZTE Axon 20 5G telah diperkenalkan sebagai peranti pertama hadir dengan rekaan swafoto disebalik skrin yang ditawarkan secara komersial. Seiring pelancarannya, ZTE turut memperkenalkan aksesori audio yang dikenali sebagai ZTE Livebuds.

Aksesori audio ini hadir dengan sejumlah spesifikasi menarik seperti sokongan Bluetooth 5.0, ketahanan bateri sehingga 20 jam (dengan pod pengecas), penarafan kalis air IPX5 dan dilengkapi pembatalan hingar elektronik (ENC). Fon telinga nirwayar ini juga hadir dengan rekaan jenis dalam telinga bersama batang pendek dan rekaan putik silikon untuk keselesaan tambahan.

Setiap fon telinga memiliki berat hanya 4 gram dan dilengkapi dua mikrofon. Terdapat juga sokongan kawalan sentuhan untuk mengawal sejumlah tetapan. ZTE Livebuds dijual pada tanda harga ¥199 (~RM121) dan buat masa ini ia hanya ditawarkan untuk pasaran China sahaja.



TIPS & ULASAN